Sabahan

sabahan 20160307013126 (1) 20160307013126 20160307014045 (2) 20160307014045 (1) 20160307014046 (2)

Alhamdulillah, setelah 2 bulan dilancarkan,Sabahan Dot My mendapat sambutan yang menggalakkan daripada komuniti-komuniti,artis-artis sabah termasuk juga usahawan-usahawan Sabahan.

Pihak kami berjaya menemubual beberapa artis Sabah termasuk juga kelab-kelab komuniti dan mereka yang berbakat.Insyallah,akan datang,lebih ramai lagi yang akan kami temubual.

Baiklah ini adalah sedikit soal jawab mengenai Sabahan Dot My :

1. Siapa pengasas Sabahan Dot My
Sabahan Dot My diasaskan oleh saya,Khairil Izwan Bin Jamros @ Khairilizwan melalui projek Khaiz Group.

2. Siapa orang-orang di sebalik Sabahan Dot My
– Orang-orang yang banyak membantu di sebalik Sabahan Dot My ialah krew-krew dari Khaiz Group kerana Sabahan Dot My merupakan salah satu projek platform yang dibangunkan di dalam Khaiz Group itu sendiri.Khaiz Group terbahagi kepada beberapa bahagian antaranya Khaiz Production,Khaiz Photography,Khaiz Designer,Khaiz Web Design dan beberapa lagi bahagian.

3. Ceritakan serba sedikit mengenai Sabahan Dot My dari segi tujuan dibangunkan, peluang kepada komuniti (tanpa mengira bidang) dan faedahnya.
– Sabahan Dot My dibangunkan bertujuan untuk mempromosikan lagi bakat-bakat Sabahan,kelab-kelab komuniti,artis-artis Sabah,usahawan-usahawan terutamanya dalam perniagaan internet dan banyak lagi melalui platform online.Kami mempunyai pengalaman dan kemahiran dalam bidang perniagaan internet sejak tahun 2011 lagi.

4.Bagaimana tercetus idea untuk membangunkan halaman komuniti Sabahan Dot My.
– Idea Sabahan Dot My ini tercetus apabila saya sendiri melihat terutamanya komuniti serta artis-artis Sabah masih kekurangan platform bagi mempromosikan bakat-bakat mereka kepada umum.Tambahan pula,pada masa kini zaman sudah berubah dan kita tidak dapat nafikan bahawa internet merupakan salah satu medium terpenting dan pantas bagi mempromosikan sesuatu komuniti,bakat-bakat termasuk juga album-album artis. Oleh sebab itu,saya sangat berbesar hati untuk membangunkan Sabahan Dot My,kerana kami bukan sahaja membantu mengembangkan komuniti,bakat-bakat Sabahan,artis-artis Sabah dan usahawan-usahawan Sabahan,malah secara tidak langsung kamu menyatupadukan Sabahan melalui satu bumbung iaitu Sabahan Dot My.

5. Bagaimana cara menghubungi Sabahan Dot My
– Sebarang pertanyaan mengenai Sabahan Dot My boleh hubungi kami melalui email [email protected] ataupun layari laman web kami www.sabahan.my.

6.Di mana Sabahan Dot My dalam 5 tahun akan datang?
– Perancangan kami 5 tahun akan datang,Sabahan Dot My akan terus berkembang dan menyatupadukan komuniti Sabahan secara keseluruhan serta melahirkan komuniti yang celik dengan perniagaan internet.

7.Harapan Sabahan Dot My atau pengasasnya terhadap komuniti yang mengunjungi Sabahan Dot My.
– Harapan kami semoga Sabahan Dot My terus mendapat sokongan dari semua pihak terutamanya penduduk Sabah dan semoga selepas ini akan lebih banyak lagi komuniti-komuniti,artis-artis Sabah serta bakat-bakat baru Sabahan ditonjolkan melalui platform Sabahan Dot My ini.

8. Ucapan
– Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak terutamanya krew-krew Khaiz Group yang sanggup bertungkus-lumus bagi sama-sama membangunkan platform Sabahan Dot My ini.Begitu juga kepada semua komuniti-komuniti,artis-artis Sabah,usahawan-usahawan,wartawan yang terus menyokong usaha ingin mengembangkan lagi Sabahan Dot My..”Support Sabahan,Support Sabahan Dot My”.

LINK => https://www.facebook.com/sabahan.my

Sabahan